Bila akan kamu pecahkan dinding ego yang tebal itu?
Kamu lebih rela digelar sombong,
Daripada memecahkan jidar ego yang membentengi diri.
Kenapa ego?
Besar sangatkah?
Berkuasa benarkah?
Lalu kata dia,
Ego untuk menutup kesalahan dan kelemahan,
Supaya nampak kuat.
Ah,
Lemar benar pendapat itu,
Egomu sampai ramai yang sakit keranamu,
Membenarkan orang lain melaku dosa kerana mengumpatmu...
Kikiskan dinding ego itu,
Biar nampak indahnya kehidupan,
Dikelilingi alam mendamaikan,
Hidup hanya harapkan redha Tuhan,
Dalam mencari bekal menuju hari Kepastian.
Pecahkan dinding ego,
Hidupmu pasti bahagia.
0 comments:
Post a Comment